Skip to content
PMG Healthcare Group
  • HOME
  • COMPANY
    • ABOUT US
    • COMMUNITY HEALTH IMPACT
    • TRAINING & DEVELOPMENT EXCELLENCE
    • OUR KEY INITIATIVES
  • OUR SERVICES
    • OVERVIEW
    • PMG PHARMACY
      • E-STORE
      • COMMUNITY PHARMACY
    • PMG MEDICAL CLINIC
    • PMG DENTAL CLINIC
    • PMG PHYSIO
    • REHAB & RENTAL
  • NEWS AND MEDIA
  • SCHOLARSHIP
  • CAREER
  • CONTACT US
E-Store
E-Store
PMG Healthcare Group

PMG Healthcare Jalin Kerjasama Strategik Bersama Ikhlas Capital

  • PMG
  • Februari 26, 2025

KUCHING, 26 FEBRUARI 2025: Dalam usaha untuk memperkukuh aksesibiliti perkhidmatan kesihatan di Malaysia Timur, PMG Healthcare Group (PMG), iaitu penyedia perkhidmatan kesihatan komprehensif terbesar di Malaysia Timur telah menandatangani kerjasama strategik bernilai RM74 juta bersama pengurus dana ekuiti, Ikhlas Capital. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh operasi PMG, serta memperluas liputan penjagaan kesihatan primer yang berkualiti tinggi kepada komuniti terpencil di seluruh Malaysia.

Ditubuhkan pada 2012 di Sarikei, Sarawak, PMG telah berkembang pesat dan kini mengendalikan rangkaian luas yang terdiri dari 152 farmasi komuniti, 28 klinik perubatan dan 8 klinik pergigian di seluruh negara. Keunikan PMG adalah penekanannya terhadap ‘servis yang mengutamakan perkhidmatan pelanggan’. Komitmen tidak berbelah bahagi PMG memastikan setiap pesakit menerima rawatan profesional dan terbaik yang disesuaikan dengan keperluan kesihatan masing-masing.

03 - PMG Speech Photo 1

Dr. Chieng King Chong, Pengerusi Eksekutif PMG Healthcare Group, menekankan kepentingan pelaburan ini bersama Ikhlas Capital:

“Kolaborasi ini membolehkan kami untuk terus mengembangkan model perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan berkualiti tinggi PMG ke seluruh negara, menaik taraf fasiliti, melaksanakan teknologi inovatif, dan terus menawarkan rawatan mampu milik dengan harga berpatutan melalui strategi perolehan yang lebih efektif. Usaha ini akan memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti dapat diakses oleh lebih banyak komuniti, secara fizikal mahupun digital,”

Matlamat dan objektif pelaburan yang sama antara kedua-dua organisasi membuahkan kerjasama ini tepat pada masanya, tambah Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi Ikhlas Capital:

“PMG Healthcare bukan sekadar pelaburan kewangan. Kami menganggap Ikhlas Capital sebagai rakan strategik dalam misi PMG untuk membentuk masa depan industri penjangaan kesihatan dan memberikan rawatan kesihatan yang berkualiti kepada mereka yang paling memerlukan. Kami juga berkongsi visi untuk menyokong perniagaan milik Sarawak yang cemerlang, dan menyokong penuh usaha pertumbuhan mereka di peringkat nasional dan serantau, sambil menyumbang kepada transformasi ekosistem penyampaian kesihatan Malaysia”

Kerjasama awam-swasta kritikal untuk penyelesaian kesihatan mampan rakyat Sarawak. YB Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier dan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpendapat:

“Melalui kerjasama antara PMG Healthcare dan Ikhlas Capital ini, kerajaan Sarawak yakin bahawa ia akan merapatkan jurang dalam akses kepada penjagaan primer dan pencegahan penyakit, pendidikan kesihatan, serta program kesihatan awam yang selari dengan aspirasi kerajaan.”

Mengenai PMG

PMG Healthcare Group (PMG) ditubuhkan pada tahun 2012 di Sarikei, Sarawak, dan telah berkembang menjadi salah satu syarikat penjagaan kesihatan primer tempatan terbesar di Malaysia, dengan lebih 188 cawangan di Sarawak, Sabah, dan Semenanjung Malaysia.

PMG menawarkan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, termasukk linik perubatan, klinik pergigian, dan farmasi komuniti. Dengan visi untuk menjadi penyedi aperkhidmatan penjagaan kesihatan tempatan terkemuka di Malaysia, PMG komited untuk memberikan penjagaan kesihatan yang mampu milik, profesional, dan menyeluruh kepada komuniti tempatan.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://pmg2u.com

Mengenai Ikhlas Capital

Ikhlas Capital adalah firma pengurusan ekuiti persendirian ASEAN yang beribu pejabat di Singapura dengan rangkaian di Kuala Lumpur, Jakarta dan Manila. Diasaskan oleh Tan Sri Nazir Razak, Kenny Kim, Gita Wirjawan dan Cesar Purisima, firma ini membawa pengalaman kolektif lebih 100 tahun dalam membentuk ekonomi ASEAN.

Disokong oleh lebih 50 institusi dan pejabat keluarga ASEAN, Ikhlas Capital memberi tumpuan kepada pertumbuhan, transformasi, dan penciptaan nilai rentas sempadan di seluruh rantau ini.

Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.ikhlascapital.com/

Follow us for more information

Facebook Tiktok Instagram Youtube
  • EnglishEnglish
  • 中文 (中国)中文 (中国)

Related Posts

Category

  • Berita

PMG Healthcare Group

Serve Beyond Expectation.

Email

Our Brands

  • PMG Pharmacy
  • PMG Medical Clinic
  • PMG Dental Clinic
  • AM PM Pharmacy
  • Siang Pharmacy
  • PMG Physio
  • Farmasi Nazen

Site Links

  • ABOUT US
  • OUR SERVICES
  • MEMBERSHIP
  • NEWS AND MEDIA
  • PMG SCHOLARSHIP
  • CONTACT US
  • CAREER
  • DATA PROTECTION & PRIVACY POLICY

Contact Info

PMG Head Office
No 6, Jalan Merdeka, 96100 Sarikei Sarawak.
cs@pmg2u.com
+6084-659966
+6010-775-7966

PMG Regional Office, Kuala Lumpur
2nd Floor, No. 1-2, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000, Kuala Lumpur.
cs@pmg2u.com
+6010-905-7966

PMG Regional Office, Kuching
1st Floor, Lot 9989 (Sublot 94), Block 16, KCLD Premier 101, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak.
cs@pmg2u.com

PMG Regional Office, Sibu
2nd Floor, No 18, Lot 3861, BLK 3 STD, Lorong Pahlawan 7B1, Jalan Pahlawan, 96000 Sibu, Sarawak.
cs@pmg2u.com

AM PM Pharmacy
No. 9, Jalan SME 1, Kawasan Perindustrian SME, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
info@ampm.com.my
+607 661 5899

Siang Pharmacy
11 Lorong Jawi Jaya 3
Sungai Jawi, 14200 Penang.

Farmasi Nazen
Lot 338 Jalan Tengku Ahmad, 17000 Pasir Mas.
farmasinazen@gmail.com

Copyright © 2025 PMG Healthcare Group